Thursday, December 26, 2013

Ahad, 8 Dec 2013, 2013, Bakal melabuh tirai. Teringat kembali kisah lama. Tahun ini banyak mengajar erti kehidupan sebenar. Bagaimana rasanya hidup jatuh gedebuk, naik secara perlahan, dan berada di tempat ke atas. Perubahan menjadi pelajar sekolah kepada mahasiswi yang sebenar. Pada awalnya, saya menjangka kejayaan ditangan, namun kegagalan di tengah jalan (Keputusan SPM), dan kemudian kebangkitan. Ya! Kebangkitan yang tiada kesudahan. Perit hidup. Kemudian saya kembali kepada kemanisan. Kemanisan yang sebentar sebelum ditarik semula. Asam garam hidup. Tersenyum sendiri. Adakah ada manusia yang hidup tanpa cobaan? Graf hidup hanya mendatar? Terbaca sebaris kata sahabat, "hidup orang muda yang tampa pengalaman, akan jadi orang tua yang membosankan" barangkali ada kebenaran didalam kata tersebut. Pasti! Saya mudah paranoid. Apabila berada dibawah, saya menganggap ia satu kegagalan yang tidak boleh diubah. Namun, sesuatu telah mengubah pandangan saya. Hikmah. Aturan hidup yang telah ditetapkan oleh-Nya menjadi hikmah pada diri. Ibu sering berkata, "disebalik kegagalan ada secubit hikmah" Namun, hikmah itu tidak datang sendiri. Saya mencari. Kerana nasib manusia itu terletak pada manusia itu sendiri. Alhamdulillah. Saya jumpa. Namun, tak semua jalan yang saya rancang itu menjadi. Bak kata orang, kita merancang, Allah menentukan. Ya. 100% betul. Kadang kala apa yang saya rancang tak semestinya terbaik pada diri saya. Jadi apabila sebuah rancangan saya itu tidak menjadi, saya mengagap bahawa Allah hendak memelihara hati, perbuatan mahupun lisan saya dari terus riak. Allahu muasta'an. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

2 comments: