Saturday, January 4, 2014

1435 20 Dec 2013 Title- Unsung Hero. Keluarga. Keluarga itu apa? Definisi keluarga itu bagi saya ialah bahagia. Dalam dunia ini, keluarga ialah orang pertama kita kenal. Tidak kiralah keluarga angkat ke, keluarga susuan ke, atau keluarga kandung sendiri. Kebahagian lahir dalam keluarga. Saya beruntung, dilahirkan didalam kelurga yang besar. Mempunyai 7 orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ketiga. Ayah saya mempunyai 14 orang adik beradik dan ibu 8 orang adik beradik. Kami dilatih untuk sentiasa berpaut antara satu sama lain. Mereka jugalah antara orang pertama yang saya kenal. Prinsip ibu bapa saya ialah 'family comes first'. Ya! Itulah yang saya cuba terapkan. Dilahirkan dengan mempunyai adik-beradik yang ramai bukanlah satu pilihan yang ramai orang suka. Hal ini kerana kasih-sayang yang satu perlu dibahagikan kepada ramai. Tetapi, tidak, kasih sayang itu semakin bertambah. Jujurnya, keluarga saya bukanlah dikalangan mereka yang berkemampuan. Ayah kerja berseorangan menanggung 9 orang mulut. Tetapi tidak dinafikan, berkat yang sedikit itu terasa sampai kini. Ayah, bekas pelajar Maktab Tentera. Berlatarkan keluarga yang bijak pandai. Tahap pendidikannya saya kurang arif kerana ayah kurang gemar bercerita mengenai pelajarannya. Tetapi sangat suka mendengar cerita dari kami. Lagi-lagi mengenai pelajaran, kehidupan sosial kami dan sebagainya. Sejak kecil lagi ayah suka bertanya apa yang kami selalu buat di sekolah. Jadi sampai dewasa kami tidak betah bercerita kepada ayah. Ayah tidak pernah menghampakan kami. Tidak pernah bercerita jika beliau mempunyai masalah. Lagi-lagi melibatkan kewangan, walaupun kami tahu. Kata-kata dari seorang ayah yang membawa saya kesini. Ayah tidak pernah berputus asa. Ayah sanggup bersusah payah demi mencapai cita-cita kami. Ayah sanggup menebal muka untuk berjumpa sesiapa demi kami. Demi masa depan kami. Walaupun secara realitinya ibu yang bersemuka, tetapi ayahlah tulang belakangnya. Belakang tirai. Ayah juga mempunya satu sifat, dimana beliau tiada hobi yang spesifik, tetapi jika ada masa kelapangan, ayah suka menghabis masa dengan kami. Lepak, bersembang. Kami suka berkumpul di dalam bilik ibu ayah sambil bersembang. Seronok. Hiburan tanpa menggunakan duit. Hah! Itu juga ayah yang mengajar. Hiburan tanpa duit. Ayah bekerja sebagai technician di Engineer Department di MAS. Dengan gaji lebih RM3000 sebulan, nampak mewah. Tetapi kekadang tanggungnya melebihi gaji sendiri. Tetapi Alhamdulillah, dengan duit sebanyak itu, kami adik beradik tidak pernak mengalami kelaparan, apa lagi kebuluruan. Walaupun kadang-kadang hidup kami umpama kain, tarik atas nampak bawah, tarik bawah nampak atas. Lucu, tetapi itulah hakikatnya. Adakala, terbit dihati seorang anak kesian melihat kerutan di muka ayah apabila kami meminta wang untuk menampung pelajaran. Masakan kami tidak cemburu melihat rakan semua berkemampuan, bertukar pakaian. Tetapi kehidupan yang kami lalui mengajar kami semula. Saya pernah bertanya pada ayah, apa yang ayah nak apabila kami sudah dewasa kelak ? Ayah membalas cukuplah dengan kalian berjaya didunia dan akhirat. Ayah dengan ibu dah tak lama dah. Dan jadilah seperti ibu, idola kalian. Saya menangis dalam diam dengan jawapan tersebut.

No comments:

Post a Comment