Monday, March 31, 2014

jiwa

jiwa aku kerap memberontak. Kadang-kala aku gagal mengawal perasaan. Aku terlampau mengikut nafsu. sedangkan aku tuan kepada nafsu. tetapi aku tewas. Kecundang, di garisan penamat. akhirnya memakan diri aku sendiri. jika nafsu aku pon aku kalah, mampukan aku menjadi ketua? menjadi pemimpin? pantaskah aku? amarah aku tidak mampu dibendung. lagi-lagi apabila dicurah dengan minyak panas. terbakar. terbakar hati. Gelap jiwa. Aku rela berdiam untuk menghilang marah. tetapi makin lama menjadi dendam. Ya! dendam. itu yang aku takut. perasaan benci, meluat menjadi dendam. apabila dendam kuasai diri, mereka aku lihat seperti sampah. busuk. jijik. jadi aku harus lari untuk hilang perasaan itu. tolong Bawa aku lari. lari dari keadaan ni. tetapi sampai bila? sampai aku mati kerana berlari? kelak aku yang lemah. kerana orang yang lari ialah mereka yang pengecut. Ya. itu aku. aku memang pengecut dari awal. masalah datang dari aku. aku yang gagal mengawal perasaan aku. minyak-minyak disekeliling boleh aku abai. butakan mata, pekakkan telinga! tetapi jangan sesekali tulikan hati. kerana ikutkan hati kelak disakiti. mana fikiran rasional aku? adakah hilang? dibawa angin? begitu mudah aku menolak kewarasan, kerana aku sendiri tidak waras. lantas, aku mengambil jalan. kembali menulis, mungkin satu aplikasi yang boleh aku guna pakai. kurang bercakap kerana mereka kerap terasa, aku menulis kerana mereka malas membaca,

Saturday, January 4, 2014

1435 20 Dec 2013 Title- Unsung Hero. Keluarga. Keluarga itu apa? Definisi keluarga itu bagi saya ialah bahagia. Dalam dunia ini, keluarga ialah orang pertama kita kenal. Tidak kiralah keluarga angkat ke, keluarga susuan ke, atau keluarga kandung sendiri. Kebahagian lahir dalam keluarga. Saya beruntung, dilahirkan didalam kelurga yang besar. Mempunyai 7 orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ketiga. Ayah saya mempunyai 14 orang adik beradik dan ibu 8 orang adik beradik. Kami dilatih untuk sentiasa berpaut antara satu sama lain. Mereka jugalah antara orang pertama yang saya kenal. Prinsip ibu bapa saya ialah 'family comes first'. Ya! Itulah yang saya cuba terapkan. Dilahirkan dengan mempunyai adik-beradik yang ramai bukanlah satu pilihan yang ramai orang suka. Hal ini kerana kasih-sayang yang satu perlu dibahagikan kepada ramai. Tetapi, tidak, kasih sayang itu semakin bertambah. Jujurnya, keluarga saya bukanlah dikalangan mereka yang berkemampuan. Ayah kerja berseorangan menanggung 9 orang mulut. Tetapi tidak dinafikan, berkat yang sedikit itu terasa sampai kini. Ayah, bekas pelajar Maktab Tentera. Berlatarkan keluarga yang bijak pandai. Tahap pendidikannya saya kurang arif kerana ayah kurang gemar bercerita mengenai pelajarannya. Tetapi sangat suka mendengar cerita dari kami. Lagi-lagi mengenai pelajaran, kehidupan sosial kami dan sebagainya. Sejak kecil lagi ayah suka bertanya apa yang kami selalu buat di sekolah. Jadi sampai dewasa kami tidak betah bercerita kepada ayah. Ayah tidak pernah menghampakan kami. Tidak pernah bercerita jika beliau mempunyai masalah. Lagi-lagi melibatkan kewangan, walaupun kami tahu. Kata-kata dari seorang ayah yang membawa saya kesini. Ayah tidak pernah berputus asa. Ayah sanggup bersusah payah demi mencapai cita-cita kami. Ayah sanggup menebal muka untuk berjumpa sesiapa demi kami. Demi masa depan kami. Walaupun secara realitinya ibu yang bersemuka, tetapi ayahlah tulang belakangnya. Belakang tirai. Ayah juga mempunya satu sifat, dimana beliau tiada hobi yang spesifik, tetapi jika ada masa kelapangan, ayah suka menghabis masa dengan kami. Lepak, bersembang. Kami suka berkumpul di dalam bilik ibu ayah sambil bersembang. Seronok. Hiburan tanpa menggunakan duit. Hah! Itu juga ayah yang mengajar. Hiburan tanpa duit. Ayah bekerja sebagai technician di Engineer Department di MAS. Dengan gaji lebih RM3000 sebulan, nampak mewah. Tetapi kekadang tanggungnya melebihi gaji sendiri. Tetapi Alhamdulillah, dengan duit sebanyak itu, kami adik beradik tidak pernak mengalami kelaparan, apa lagi kebuluruan. Walaupun kadang-kadang hidup kami umpama kain, tarik atas nampak bawah, tarik bawah nampak atas. Lucu, tetapi itulah hakikatnya. Adakala, terbit dihati seorang anak kesian melihat kerutan di muka ayah apabila kami meminta wang untuk menampung pelajaran. Masakan kami tidak cemburu melihat rakan semua berkemampuan, bertukar pakaian. Tetapi kehidupan yang kami lalui mengajar kami semula. Saya pernah bertanya pada ayah, apa yang ayah nak apabila kami sudah dewasa kelak ? Ayah membalas cukuplah dengan kalian berjaya didunia dan akhirat. Ayah dengan ibu dah tak lama dah. Dan jadilah seperti ibu, idola kalian. Saya menangis dalam diam dengan jawapan tersebut.

Thursday, December 26, 2013

Ahad, 8 Dec 2013, 2013, Bakal melabuh tirai. Teringat kembali kisah lama. Tahun ini banyak mengajar erti kehidupan sebenar. Bagaimana rasanya hidup jatuh gedebuk, naik secara perlahan, dan berada di tempat ke atas. Perubahan menjadi pelajar sekolah kepada mahasiswi yang sebenar. Pada awalnya, saya menjangka kejayaan ditangan, namun kegagalan di tengah jalan (Keputusan SPM), dan kemudian kebangkitan. Ya! Kebangkitan yang tiada kesudahan. Perit hidup. Kemudian saya kembali kepada kemanisan. Kemanisan yang sebentar sebelum ditarik semula. Asam garam hidup. Tersenyum sendiri. Adakah ada manusia yang hidup tanpa cobaan? Graf hidup hanya mendatar? Terbaca sebaris kata sahabat, "hidup orang muda yang tampa pengalaman, akan jadi orang tua yang membosankan" barangkali ada kebenaran didalam kata tersebut. Pasti! Saya mudah paranoid. Apabila berada dibawah, saya menganggap ia satu kegagalan yang tidak boleh diubah. Namun, sesuatu telah mengubah pandangan saya. Hikmah. Aturan hidup yang telah ditetapkan oleh-Nya menjadi hikmah pada diri. Ibu sering berkata, "disebalik kegagalan ada secubit hikmah" Namun, hikmah itu tidak datang sendiri. Saya mencari. Kerana nasib manusia itu terletak pada manusia itu sendiri. Alhamdulillah. Saya jumpa. Namun, tak semua jalan yang saya rancang itu menjadi. Bak kata orang, kita merancang, Allah menentukan. Ya. 100% betul. Kadang kala apa yang saya rancang tak semestinya terbaik pada diri saya. Jadi apabila sebuah rancangan saya itu tidak menjadi, saya mengagap bahawa Allah hendak memelihara hati, perbuatan mahupun lisan saya dari terus riak. Allahu muasta'an. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

Thursday, December 5, 2013

Permulaan

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis. Maaf post-post saya yang lama didelete atas sebab-sebab tertentu. Posting saya selepas ini InsyAllah akan bersifat lebih matang dan keterbukaan. Mungkin sudah
masanya saya menjadi dewasa dalam melontarkan ideologi saya yang tersendiri. InsyaAllah

Semalam saya sempat berbual dengan kakak melalui telefon. Seperti biasa kami hanya berbual biasa untuk berbasi-basian. Lantas saya bertanya pendapat kakak saya mengenai satu perihal yang mendatangkan kemusykilan (saya mengakui kakak saya lebih mengetahui perihal agama jika dibandingkan dengan saya). "Benarkah Rasullullah saw tidak menyebut "Ummati, Ummati, Ummati" semasa saat kawafan baginda? kerana ironinya, Aqis selalu mendengar cerita melalui para Ustaz dan Ustazah bercerita mengenai saat kewafatan baginda, ada menyebut ayat "Ummati, Ummati, Ummati". Aqis dapat info ini melalui sebuah ceramah yang Aqis dengar di Youtube."

Lalu kakak berkata " Wallahualam, Akak tak berani cakap. Cuma Akak yakin para ulama dahulu sudah mengkaji lebih dari kita, Akak tidak memandang serius dengan ayat tersebut, kerana ia hanya kata tetapi Akak yakin dengan wasiat yang ditinggalkan untuk kita, umatnya, supaya lebih akur kepada Allah. Cuma apa yang Akak boleh kata, kita sekarang berada di akhir zaman, pelbagai fitnah melanda. Jadi berhati-hati dan banyakkan berdoa daripada hati mudah menerima fitnah."

Saya berfikir kembali, ada kebenaran di dalam kata-kata tersebut.

Jujur saya berkata disini, kadang-kala dengan hanya mendengar ceramah dilaman media seperti televisyen, internet dan radio tidak mencukupi. Kita perlu seorang Guru. Ibu juga sering kali berpesan, adakala intipati yang disampaikan melalui media massa bersifat sonsang. Perlukan seseorang untuk dijadikan rujukan. Namun begitu, dari sudut bacaan juga pelu dicari.

Mungkin saya tak dapat jawapan yang dicari, tapi saya mendapat satu kesimpulan,. InsyaAllah